Pada 8 Julai 2015 ( Rabu ) Penjara Sungai Buloh dengan kerjasama Unit Pengurusan Dan Pembangunan Muallaf Daerah Gombak telah mengadakan Program Ihya' Ramadhan dan Penyampaian Sumbangan Muallaf Peringkat Penghuni. Majlis dihadiri oleh TPP Rahim Bin Deraman dan kakitangan. Manakala Unit Pengurusan Dan Pembangunan Muallaf Daerah Gombak di wakili oleh Tuan Haji Zainal Abidin Bin Sulaiman Pegawai Tadbir Agama dan Pendaftar Muallaf Daerah Gombak serta beberapa orang pegawai daripada Unit Pengurusan Dan Pembangunan Muallaf Daerah Gombak. Program ini melibatkan 19 orang penghuni muallaf.
Majlis dimulakan dengan Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Tuan Haji Zainal Abidin Bin Sulaiman. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan Ramadhan oleh Unit Pengurusan Dan Pembangunan Muallaf Daerah Gombak kepada penghuni. Selesai majlis berbuka puasa, program diteruskan dengan solat Maghrib secara berjemaah. Majlis berakhir sekitar jam 8.30 malam.
""